PENGALAMAN UMRAH #PART 1
Hi, Assalamualaikum. Tadi tiba2 rindu nak post dekat blog so terpikir nak cerita pasal pengalaman umrah. Actually dah lama dah pergi tapi tiba tiba rindu balik sebab tu la tempat yang paling kita rindu sebab ia adalah kiblat utama umat Islam. So okay nak cerita pengalaman ke umrah. Kami pergi 8 orang So before ke sana kita akan adakan kursus umrah time tu dia buat dekat masjid area pj. Time kursus tu akan diberi semualah dia akan bagitau apa larangan dalam ihram so semua tu. So kenalah rajin mencatat.
Okay, Kami pergi berlapan iaitu ibu ayah, 2 orang kakak, sorang cousin & dua orang mak sedara so termasuk aku. 8 oranglah. Time kami sampai KLIA tu mmg orang yg incharge dah tunggu dekat dekat sana untuk bagi tagging beg, passport, tiket flight. Kami pergi naik MAS time tu flight pukul 3 petang mcm tu. Dalam flight tu ade banyak la agensi lain. Perjalanan kira2 9 jam. So be prepare apa apa bagi taknak bosan. Tapi naik mas ada tv semua boleh tgk movie. So tak bosan sangat. Please sediakan spray air untuk senang amek wuduk & solat dalam flight. Tapi sebab ktaorg dah jama time dekat KLIA so time pergi tu tak merasa nak solat dalam flight.
Dalam pukul 7.30 waktu Jeddah ktaorg safely arrived at Jeddah Airport. Time tu turun je flight akan ada bas mini la nak bawak ke airport *takde tempat duduk pon* sebab flight landing dgn airport tu jauh sikitlah. Time sampai sana tu dah masuk waktu isya then kami solat dekat Jeddah airport ada surau kat situ, solat jama terus. Tapi kalau nak amek wudhuk kena pergi amek di toilet sebab kat situ takde paip okay.
so sebab jemaah yang sama ada yang tak settle lagi passport semua dalam pukul 11.30 baruu habis semua & terus bertolak naik bas ke Madinah. Nak ke madinah dalam 5 ke 6 jam mcm tu. Dalam bas boleh tertidur pulak sampai ke madinah. So dah sampai madinah dalam pukul 4.30 pagi. Time tu dah nampak dah ramai orang dah gerak ke Masjid Nabawi. Hotel yang kami duduk iaitu Raihana Hotel sangat dekat dengan masjid. Memang sangat bersyukur dapat dekat dengan masjid. Check in hotel semua pagi tu kami tak gerak solat subuh kat masjid sebab berehat. Tapi lepas breakfast kat lobi terus gerak ke masjid sebab ada waktu2 yang dibenarkan masuk ke Raudah.
Time tu yang handle kami perempuan ada mutawif indonesia so dia yang bawak kami masuk ke Raudah. Before masuk ke masjid ktaorg mmg dah bawak siap2 beg untuk selipar sebab taknak selipar kena curi. Kami semua pakai fipper je sebab senang. So letak dalam beg kasut & letak dekat rak Insha Allah tak hilang. Before masuk tu mmg ada orang jaga dekat pintu masjid so kenalah pandai2 sorok barang tu.
Sebelum masuk Raudah tu mmg di asingkan ikut negara contoh Asia dengan Asia je sebab boleh bezakan sendiri kenapa hehe. Sangat sebak nak masuk situ sebab mmg orang bertolak2 sampai ada yang menjerit tau. Kadang2 orang tgh solat pon kena langgar. So hati hati sebab kita masuk tempat mulia taknak gaduh2. Aku tak sempat nak solat dhuha kat situ sebab mmg sangat ramai kena pandai pilih waktu yang sesuai sebab untuk perempuan ada waktu masuk yang dibenarkan.
![]() |
| DALAM MASJID NABAWI |
![]() |
| PAYUNG MASJID NABAWI |
![]() |
| NI LAH HOTEL YANG KAMI TINGGAL, JANGAN RISAU SEBAB KAT BAWAH HOTEL MMG AKAN ADA ORANG JUAL2 |
*K NANTI SAMBUNG



